Saturday, January 16, 2010

TAHNIAH ANAKANDA MUHAMMAD SALEHUDDIN 6A UPKK

Assalamualaikum....semua warga usrah kejora mengucapkan tahniah kepada anakanda mamat kerana mendapat 6A dalam UPKK..semoga kejayaan ini menjadi contoh kepada semua..teruskan usaha semoga berjaya dalam peperiksaan yang lain nanti...

Thursday, December 31, 2009

Selamat Hari Lahir Kak Sue@Maklang dan Selamat Tahun Baru..

Maklang @ Kak Sue yang bertudung coklat:)


Assalamualaikum wrt wbt...Apa habaq keluarga di Gurun nun.Usrah KEJORA nak ucapkan  Selamat Hari Lahir kepada kak sue/maklang  yang ke..???.Semoga sentiasa bahagia,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan umur...

Selamat tahun baru 2010..semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun2 yang lepas...

Thursday, December 24, 2009

APA KHABAR ORANG PUCHONG..HAPPY BIRTHDAY ARIFF...



Oleh kerana pihak penganjur kekurangan gambar jadi gambar raya ni sahaja yang ada dalam simpanan.Usrah KEJORA nak bertanya khabar oleh kerana tidak banyak berita yang dimuatkan tentang ahli keluarga KEJORA yang berada di Puchong ini..Rasanya tak terlalu awal nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ariff..semoga Ariff ceria2 selalu..Opah dan tokwan dikampung sentiasa mendoakan Ariff dan semua ahli keluarga di Puchong sihat-sihat hendaknya...belajar rajin2 tau ariff...

TAHNIAH KEPADA MOHD IZZAT FAHMI KERANA MENDAPAT 8A PMR




Semua ahli keluarga KEJORA mengucapkan tahniah kepada Yeop Fahmi kerana kejayaan mendapat 8A 1C dalam PMR yang diumumkan pada hari ini.Kejayaan yeop menjadi contoh kepada adik2 dan adik2 sepupu lain untuk mengikut jejak langkah yeop.Kejayaan ini merupakan titik permulaan untuk yeop lebih berjaya dan cemerlang pada masa2 akan datang.Usrah KEJORA juga merasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh cucu sulung tokwan dan opah.Semoga yeop menjadi anak yang soleh dan pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat.

Kami semua mendoakan agar cita-cita yeop untuk menjadi ulam' tersohor akan termakbul jua nanti.Sesuatu kemanisan yang ingin dicapai memerlukan usaha dan pengorbanan yang amat tinggi.Umpama mutiara di dasar lautan yang begitu sukar untuk diperolehi tetapi amat tinggi nilainya.Tahniah juga kepada Abang Cho dan Kak Ina di atas kejayaan anak sulung.Dengan kejayaan ini juga yeop amat layak untuk mendapat hadiah daripada ahli keluarga KEJORA.Oleh kerana duit tabungan pendidikan masih tidak cukup,pihak penganjur mengharapkan ada hadiah daripada orang perseorangan...sekian laporan..

DOAKAN KAK ISMA SELAMAT


Semua mendoakan agar kak isma dan baby selamat semuanya.Mari sama-sama kita doa dan solat hajat untuk kak isma.Pohon pergantungan kepada Allah.

Saturday, December 19, 2009

RESEPI MUDAH HARI MINGGU DI RUMAH OPAH

SIAKAP KUKUS



BAHAN A

IKAN SIAKAP
BAWANG MERAH (DIPOTONG)
BAWANG PUTIH (DIPOTONG)
HALIA (DIPOTONG)
SERAI (DITITIK)

BAHAN B

ASAM JAWA (DIBANCUH PEKAT)
CILI KERING (DIBLANDER)
GULA
GARAM

BAHAN C (IKUT SUKA)

TIMUN (POTONG DADU)
BUNGA KOBIS
BROKOLI
LADA BENGGALA
CENCAWAN BUTANG

CARA-CARA BUAT:

PANASKAN PERIUK KUKUS
IKAN DILAPIK DALAM PELENGAT
TABUR BAHAN A.BAHAN B DIBANCUH DAN DIGAUL RATA KEMUDIAN
SIRAM DI ATAS IKAN.
BAHAN C DITABUR IKUT SUKA NAK LETAK APA2..

SELAMAT MENCUBA...BAIK UTK KESIHATAN...

Waheeda ambil keputusan berpurdah...

Eh silap..yang tu berita dalam internet..yang dalam usrah kejora ni Umai sudah berpurdah..:)

Farah Naielah dapat masuk SABK al-Falah Parit Tok Ngah..


Tahniah kepada anakanda Farah Nailah kerana mendapat tawaran ke SABK al-Falah Parit Tok Ngah..semuanya mendoakan agar Farah belajar bersungguh2...

Jalan-jalan cari makan..

Jalan2 cari makan..sebelum ada "beg tangan"...



Majlis Pertunangan Maksu Huda..

Sekitar majlis pertunangan maksu Huda..."aku terima pinangannya..."(kata maksu)






There was an error in this gadget