Friday, October 16, 2009

16/OKTOBER/2009-LESEN MEMANDU L

Tentang keputusan mesorat yang lepas iaitu agenda bape ntah..lesen memandu untuk kak era dan bangzam..ada cadangan yang lesen L akan di ambil oleh kedua-dua suami isteri tersebut (ayahnjang dan maknjang)..tetapi nanti lesen betul kak era akan amek sorang..alasanya..1)Teman kak era amek lesen.2)Kalau kak era dah boleh memandu sekurang2nya bangzam tau jg tanda2 peraturan jalan raya.3)Mana tau lepas ni bangzam pula amek lesen penuh.

Oklah..tindakan seterusnya..kak era dan bangzam akan mendaftar di Pusat Latihan Memandu yang ada kat depan lorong nak masuk rumah di tu le..Kita doakan mereka berjaya memperolehi lesen..lepas ni ajak ramai2 anak buah naik keta dengan maknjang..ada berani????:)

16/OKTOBER/2009-REMINDER BIRTHDAY

Ehem disebabkan ayahcik beri mandat kepada makcik untuk lead blog ni jadi makcik hentam je le..Reminder utk birthday bln 10 ni ialah 19/10/2009 iaitu makcik sendiri..hehehe(sian tolong promote sendiri:) )..Kak ina a.k.a makcho pula pada 27/10..dan jangan lupa Hari Jadi Tokwan pada 30/10 ni..ada cadangan hadiah ke?atau masing2 nak bagi?Makcik ikut je keputusan ramai..

Oh ya..nak menyelit juga cerita terkini..khabar gembira ni makcik nak share dengan semua abang,kakak dan anak2 buah yang selalu tanya bila makcik nak "merandung"..hehehe..insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki pada 12 Jun kata doktor...doakan makcik..Wassalam..

16/OKTOBER/2009-SELAMAT MENGHADAPI UPKK KPD NAJWA

Dah lama takde berita terkini dalam blog ni..Masing-masing sibuk hal sekolah..Ayahcik sibuk ngan kelas tambahan budak2 SPM makcik lak sibuk budak2 nak exam akhir tahun.Apapun keluarga kat kampung semua sihat-sihat belaka.Yang terkini cuma ayah gantikan bumbung zink baru kat rumah belakang..kata ayah kalau tak ganti habis barang2 yang diletak kat situ rosak..jadi bumbung baru tapi badan rumah tu tetap yang lama..hehehe..

Oklah berbalik pada tajuk di atas sebenarnya nak ucapkan selamat ambil peperiksaan UPKK (periksa kelas agama tahun 5).Kalau Mamat Salahudin kat Kedah ada exam macam UPKK tak?Selamat menjawab dan selamat maju jaya..Wassalam..