Thursday, December 24, 2009

APA KHABAR ORANG PUCHONG..HAPPY BIRTHDAY ARIFF...



Oleh kerana pihak penganjur kekurangan gambar jadi gambar raya ni sahaja yang ada dalam simpanan.Usrah KEJORA nak bertanya khabar oleh kerana tidak banyak berita yang dimuatkan tentang ahli keluarga KEJORA yang berada di Puchong ini..Rasanya tak terlalu awal nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ariff..semoga Ariff ceria2 selalu..Opah dan tokwan dikampung sentiasa mendoakan Ariff dan semua ahli keluarga di Puchong sihat-sihat hendaknya...belajar rajin2 tau ariff...

TAHNIAH KEPADA MOHD IZZAT FAHMI KERANA MENDAPAT 8A PMR




Semua ahli keluarga KEJORA mengucapkan tahniah kepada Yeop Fahmi kerana kejayaan mendapat 8A 1C dalam PMR yang diumumkan pada hari ini.Kejayaan yeop menjadi contoh kepada adik2 dan adik2 sepupu lain untuk mengikut jejak langkah yeop.Kejayaan ini merupakan titik permulaan untuk yeop lebih berjaya dan cemerlang pada masa2 akan datang.Usrah KEJORA juga merasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh cucu sulung tokwan dan opah.Semoga yeop menjadi anak yang soleh dan pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat.

Kami semua mendoakan agar cita-cita yeop untuk menjadi ulam' tersohor akan termakbul jua nanti.Sesuatu kemanisan yang ingin dicapai memerlukan usaha dan pengorbanan yang amat tinggi.Umpama mutiara di dasar lautan yang begitu sukar untuk diperolehi tetapi amat tinggi nilainya.Tahniah juga kepada Abang Cho dan Kak Ina di atas kejayaan anak sulung.Dengan kejayaan ini juga yeop amat layak untuk mendapat hadiah daripada ahli keluarga KEJORA.Oleh kerana duit tabungan pendidikan masih tidak cukup,pihak penganjur mengharapkan ada hadiah daripada orang perseorangan...sekian laporan..

DOAKAN KAK ISMA SELAMAT


Semua mendoakan agar kak isma dan baby selamat semuanya.Mari sama-sama kita doa dan solat hajat untuk kak isma.Pohon pergantungan kepada Allah.