Saturday, September 26, 2009

27/09/2009-Selamat Hari Lahir Kepada Bangzam...Drp Siti

Kepada bangzam diucapkan Selamat Hari Lahir..Semoga dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu...Teruskan usaha dan rajin bekerja,doa selalu kepada Allah...

27/09/2009 - Selamat Hari Lahir Bang Zam


Hari ini 27/09/2009 adalah Hari Lahir BangZam yang ke 25tahun..hihihi.. Sambutan telahpun diadakan bersama-sama semua yang menyambutnya pada bulan September. Semoga dipanjang umur, bertambah iman dan taqwa dan dimurahkan rezeki. (Gambar adalah semasa Aidiladha tahun lepas)

27 SEPTEMBER 2009-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA ANAK-ANAK BUAH,MAKCIK DAN AYAHCIK UCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.RAJIN-RAJIN BELAJAR..

27/09/2009 - Yob akan menduduki PMR pada 07/10/2009


07/10/2009, hari Rabu minggu hadapan, Semua pelajar T3 di Malaysia akan menduduki peperiksaan PMR. Bagi KEJORA (keluarga Mat Johor & Rodziah) cucu sulung kesayangan Tokwan dan Opah ini antara calon-calon yang akan memerah otak dan minda untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Marilah bersama-sama kita doakan kejayaan Yob dalam PMR tahun ini. Semoga Yob dapat keputusan cemerlang.

Kepada yang lain-lain, peperiksaan akhir tahun dah tiba..jangan ingat beraya aje..

Selamat menjawab peperiksaan ye Yob..

27/09/2009 - Selamat Menggunakan Ruang Sembang Tingkap

Alhamdulillah, memandangkan CT Arfah mencadangkan agar ada satu ruang sembang keluarga, maka diusahakan juga lah. Cara menggunakannya (kepada sesapa yg tak tau lah ni) mudah aje :
1- Isikan nama RINGKAS pada ruang (NAME)spt ZUL,CT,HUDA,BGCHO dan 
    BGWOK
2- Ruang MAIL/URL tu x payah isi apa-apa
3- Ruang MESSAGE taiplah apa-apa pesanan.
4- Tekan ENTER.

    seterusnya taip pada ruang MESSAGE sahaja.
5-SELALU KLIK PADA BUTTON "REFRESH" (ADA KAT PENJURU BAWAH BOX TU) UNTUK MELIHAT JAWAPAN / RESPONSE DARI ANGGOTA YG LAIN

Selamat mencuba..ekeke.

Berita 26/09/2009 - Usul-Usul Mesyuarat Keluarga 1 Syawal 1430H

Dalam mesyuarat pada 1 Syawal 1430H / 20 September kita telah membincangkan 8 usul. Berikut adalah 8 usul tersebut untuk tindakan bersama:

USUL 1 : Menaikkan wang tabungan bulanan berjumlah RM 10.
                Keputusan : Dikekalkan (dibaca bersama usul ke 8)

USUL 2 : Korban pada Aidiladha 1431H (tahun 2010) akan diteruskan.
                Dibahagi kepada 7 bahagian, yg mana 1 bahagian bernilai RM 360.
                Keputusannya: Kaedah bayaran terpulang kepada masing-masing.
                Wang dibayar terus kepada bendahari.

USUL 3 : Usul Ayahndak (Hj. Adnan) utk membantu maksu mengambil lesen      
                kereta.
                Keputusan : Diserahkan kepada bonda untuk menyelesaikan dengan     
                ayahndak. Jumlah sumbangan juga terpulang kepada bonda. Anak-anak
                ikut aje.

USUL 4 : Cadangan supaya salah seorang antara Bangzam atau KakEra        
                mengambil lesen kereta.
                KEPUTUSAN : Kak era dah setuju. Dia akan ambil lesen kereta.

USUL 5 : Pertunangan Huda. Bulan 12/2009. Harap semua balik sama-sama
                gotong royong

USUL 6 : Membina kolah mandi untuk anak-anak.
                Keputusan : Sama-sama cari dana

USUL 7 : Memasang aircond. Ditangguhkan ke waktu yang lain.

USUL 8 : Menubuhkan tabungan pendidikan (DANA PENDIDIKAN) untuk cucu
                cicit Hj. Mat Johor & Hjh. Rodziah. Usul yang dicadangkan oleh
                Pn. Zuraini ini diterima.
                Keputusannya RM 5 sebulan. Jadi jumlah tabungan sebulan RM 15.



26/09/2009 - Ruangan Untuk Ayah Berbicara...

26/09/2000 - Sabtu : InsyaAllah, saya telah meminta ayah meluangkan masa untuk menulis pesanan-pesanannya di ruang ini. Kita akan nantikan catatan ayah yang pertama sedikit masa lagi.. Kalau dah ada ruangan untuk ayah, tentulah ruangan untuk mak pun ada...:)
Pendek kata, kepada sesiapa yang ingin menghantar bahan (apa jua bahan) bolehlah dihantar ke email nanti.
Sesamalah kita menanti tulisan ayah yang pertama...:)