Thursday, December 31, 2009

Selamat Hari Lahir Kak Sue@Maklang dan Selamat Tahun Baru..

Maklang @ Kak Sue yang bertudung coklat:)


Assalamualaikum wrt wbt...Apa habaq keluarga di Gurun nun.Usrah KEJORA nak ucapkan  Selamat Hari Lahir kepada kak sue/maklang  yang ke..???.Semoga sentiasa bahagia,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan umur...

Selamat tahun baru 2010..semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun2 yang lepas...

Thursday, December 24, 2009

APA KHABAR ORANG PUCHONG..HAPPY BIRTHDAY ARIFF...



Oleh kerana pihak penganjur kekurangan gambar jadi gambar raya ni sahaja yang ada dalam simpanan.Usrah KEJORA nak bertanya khabar oleh kerana tidak banyak berita yang dimuatkan tentang ahli keluarga KEJORA yang berada di Puchong ini..Rasanya tak terlalu awal nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ariff..semoga Ariff ceria2 selalu..Opah dan tokwan dikampung sentiasa mendoakan Ariff dan semua ahli keluarga di Puchong sihat-sihat hendaknya...belajar rajin2 tau ariff...

TAHNIAH KEPADA MOHD IZZAT FAHMI KERANA MENDAPAT 8A PMR




Semua ahli keluarga KEJORA mengucapkan tahniah kepada Yeop Fahmi kerana kejayaan mendapat 8A 1C dalam PMR yang diumumkan pada hari ini.Kejayaan yeop menjadi contoh kepada adik2 dan adik2 sepupu lain untuk mengikut jejak langkah yeop.Kejayaan ini merupakan titik permulaan untuk yeop lebih berjaya dan cemerlang pada masa2 akan datang.Usrah KEJORA juga merasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh cucu sulung tokwan dan opah.Semoga yeop menjadi anak yang soleh dan pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat.

Kami semua mendoakan agar cita-cita yeop untuk menjadi ulam' tersohor akan termakbul jua nanti.Sesuatu kemanisan yang ingin dicapai memerlukan usaha dan pengorbanan yang amat tinggi.Umpama mutiara di dasar lautan yang begitu sukar untuk diperolehi tetapi amat tinggi nilainya.Tahniah juga kepada Abang Cho dan Kak Ina di atas kejayaan anak sulung.Dengan kejayaan ini juga yeop amat layak untuk mendapat hadiah daripada ahli keluarga KEJORA.Oleh kerana duit tabungan pendidikan masih tidak cukup,pihak penganjur mengharapkan ada hadiah daripada orang perseorangan...sekian laporan..

DOAKAN KAK ISMA SELAMAT


Semua mendoakan agar kak isma dan baby selamat semuanya.Mari sama-sama kita doa dan solat hajat untuk kak isma.Pohon pergantungan kepada Allah.

Saturday, December 19, 2009

RESEPI MUDAH HARI MINGGU DI RUMAH OPAH

SIAKAP KUKUS



BAHAN A

IKAN SIAKAP
BAWANG MERAH (DIPOTONG)
BAWANG PUTIH (DIPOTONG)
HALIA (DIPOTONG)
SERAI (DITITIK)

BAHAN B

ASAM JAWA (DIBANCUH PEKAT)
CILI KERING (DIBLANDER)
GULA
GARAM

BAHAN C (IKUT SUKA)

TIMUN (POTONG DADU)
BUNGA KOBIS
BROKOLI
LADA BENGGALA
CENCAWAN BUTANG

CARA-CARA BUAT:

PANASKAN PERIUK KUKUS
IKAN DILAPIK DALAM PELENGAT
TABUR BAHAN A.BAHAN B DIBANCUH DAN DIGAUL RATA KEMUDIAN
SIRAM DI ATAS IKAN.
BAHAN C DITABUR IKUT SUKA NAK LETAK APA2..

SELAMAT MENCUBA...BAIK UTK KESIHATAN...

Waheeda ambil keputusan berpurdah...

Eh silap..yang tu berita dalam internet..yang dalam usrah kejora ni Umai sudah berpurdah..:)

Farah Naielah dapat masuk SABK al-Falah Parit Tok Ngah..


Tahniah kepada anakanda Farah Nailah kerana mendapat tawaran ke SABK al-Falah Parit Tok Ngah..semuanya mendoakan agar Farah belajar bersungguh2...

Jalan-jalan cari makan..

Jalan2 cari makan..sebelum ada "beg tangan"...



Majlis Pertunangan Maksu Huda..

Sekitar majlis pertunangan maksu Huda..."aku terima pinangannya..."(kata maksu)






Lesen L maknjang...

Assalamualaikum semua..apa khabar?Lamanya tak ada berita baru di usrah kejora ni..masing2 ada facebook jadi boleh la juga berinteraksi dalam tu.Anak-anak buah semua sihat ke?Berbalik pada tajuk...berkenaan lesen L untuk maknjang dan ayahnjang..rasanya patut kita buat kutipan tapi ikut persetujuan semualah..masing2 anak2 baru masuk sekolah jadi perbelanjaan keluarga tu lebih sikit..bendahari pun faham :)..kalau nak naknjang sahaja yang amek L maka kita kena kumpul satu keluarga/sorang RM50..kalau nak bagi ayahnjang sekali kena kutip RM100.Untuk makluman lesen L berjumlah RM310 +- seorang.Macammana bila kita boleh start kumpul..nampaknya yuran bulanan RM10 dan duit korban pun masih belum ada.Baki keseluruhan RM80..sekian..

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KAK LINA/MAKCHO

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA..
KESEMPATAN INI DIUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA KAK INA SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH,DIBERI KESIHATAN YANG BAIK,DIMURAHKAN REZEKI DAN SENTIASA GEMBIRA MELALUI HARI-HARI MENDATANG.KAMI SENTIASA MENDOAKAN DIRI MU..SELAMAT HARI LAHIR..

UNTUK MAKLUMAN SEMUA AHLI KELUARGA..PADA HARI KHAMIS MALAM JUMAAT NI AKAN DIADAKAN SOLAT BERJAMAAH,BACAAN YASIN DAN TAHLIL/DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAHANDA PADA 30 OKTOBER INI.ANAK-ANAK DAN CUCU JIKA ADA KELAPANGAN DAPAT TURUT SERTA...SEKIAN DULU..WASSALAM

Sunday, October 25, 2009

Lesen memandu..

Baru-baru ni kak era ada amek borang kat sekolah memandu.Kalau L sahaja seorang RM310 dan kalau campur lesen kereta RM760.Maklumat ni untuk dipanjangkan kepada semua...

Monday, October 19, 2009

19/10/2009-WANCIK@OPAHCIK BALIK KAMPUNG

BERITA TERKINI PADA PUKUL 9.00 MALAM TADI MAKSU HUDA DAN OPAH MENANTI OPAHCIK DI STESYEN KERETAPI PARIT BUNTAR.ALHAMDULILLAH OPAHCIK SELAMAT TIBA PADA JAM 9.00 MALAM LEBIH KURANG.GEMBIRA NAMPAKNYA OPAHCIK DAPAT BALIK KAMPUNG.SEKIAN BERITA HARI INI..:).SESIAPA YANG BERADA BERDEKATAN RUMAH OPAH SILALAH DATANG BERJUMPA OPAHCIK..

Friday, October 16, 2009

16/OKTOBER/2009-LESEN MEMANDU L

Tentang keputusan mesorat yang lepas iaitu agenda bape ntah..lesen memandu untuk kak era dan bangzam..ada cadangan yang lesen L akan di ambil oleh kedua-dua suami isteri tersebut (ayahnjang dan maknjang)..tetapi nanti lesen betul kak era akan amek sorang..alasanya..1)Teman kak era amek lesen.2)Kalau kak era dah boleh memandu sekurang2nya bangzam tau jg tanda2 peraturan jalan raya.3)Mana tau lepas ni bangzam pula amek lesen penuh.

Oklah..tindakan seterusnya..kak era dan bangzam akan mendaftar di Pusat Latihan Memandu yang ada kat depan lorong nak masuk rumah di tu le..Kita doakan mereka berjaya memperolehi lesen..lepas ni ajak ramai2 anak buah naik keta dengan maknjang..ada berani????:)

16/OKTOBER/2009-REMINDER BIRTHDAY

Ehem disebabkan ayahcik beri mandat kepada makcik untuk lead blog ni jadi makcik hentam je le..Reminder utk birthday bln 10 ni ialah 19/10/2009 iaitu makcik sendiri..hehehe(sian tolong promote sendiri:) )..Kak ina a.k.a makcho pula pada 27/10..dan jangan lupa Hari Jadi Tokwan pada 30/10 ni..ada cadangan hadiah ke?atau masing2 nak bagi?Makcik ikut je keputusan ramai..

Oh ya..nak menyelit juga cerita terkini..khabar gembira ni makcik nak share dengan semua abang,kakak dan anak2 buah yang selalu tanya bila makcik nak "merandung"..hehehe..insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki pada 12 Jun kata doktor...doakan makcik..Wassalam..

16/OKTOBER/2009-SELAMAT MENGHADAPI UPKK KPD NAJWA

Dah lama takde berita terkini dalam blog ni..Masing-masing sibuk hal sekolah..Ayahcik sibuk ngan kelas tambahan budak2 SPM makcik lak sibuk budak2 nak exam akhir tahun.Apapun keluarga kat kampung semua sihat-sihat belaka.Yang terkini cuma ayah gantikan bumbung zink baru kat rumah belakang..kata ayah kalau tak ganti habis barang2 yang diletak kat situ rosak..jadi bumbung baru tapi badan rumah tu tetap yang lama..hehehe..

Oklah berbalik pada tajuk di atas sebenarnya nak ucapkan selamat ambil peperiksaan UPKK (periksa kelas agama tahun 5).Kalau Mamat Salahudin kat Kedah ada exam macam UPKK tak?Selamat menjawab dan selamat maju jaya..Wassalam..

Sunday, October 4, 2009

5/10/2009 - GAMBAR SAMBUTAN HARIJADI HAIKAL..



Selamat hari jadi haikal..Kak Sue telah hantarkan gambar sambutan hari lahir HAIKAL baru-baru ini..Sambutan diadakan di Pizza Hut Mergong..

Sedapnya kek dia...ekeke..Selamat hari lahir haikal..:)

Friday, October 2, 2009

2/10/2009-Selamat Hari Jadi HAIKAL..:)


2/10/2009 - Jumaat- Selamat hari lahir HAIKAL..Semoga Haikal akan jadi anak soleh..AyahCik dan Makcik doakan haikal panjang umur dan sihat walafiat..

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan HAIKAL..Allah selamatkan kamu..:)

Monday, September 28, 2009

28/09/2009 - Bonda Buat Akaun MAYBANK



        NO. AKAUN MAYBANK BONDA :
    158417066984 (RODZIAH BT. HASSAN)

Petang hari ni, saya dan ct bawa bonda ke Maybak PB untuk buka akaun Maybank.
Tujuan pembukaan akaun ini ialah :

   1- Tabung Peribadi Bonda

   2- Menjadi Tabung Induk Semua Tabungan  
        seperti Tabungan Korban Aidiladha
        RM 360, Tabungan Bulanan RM 10 dan
        Tabungan Dana Pendidikan RM 5 sebulan.

3- Memudahkan anak-anak kalau nak "bank-In" 
      duit kepada bonda.

Bagi pihak Bendahari, setiap kemasukkan duit tabungan bulanan (RM 15) dan  duit tabungan korban Aidiladha diharap dapat di SMS makluman kepada CT ARFAH apabila ada kemasukan. Dengan ini tabungan tersebut akan dapat disimpan dengan baik, segala kemasukan dan pengeluaran wang juga dapat dicatat. InsyaAllah. Terima kasih. Jumpa lagi.

Sunday, September 27, 2009

Saturday, September 26, 2009

27/09/2009-Selamat Hari Lahir Kepada Bangzam...Drp Siti

Kepada bangzam diucapkan Selamat Hari Lahir..Semoga dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu...Teruskan usaha dan rajin bekerja,doa selalu kepada Allah...

27/09/2009 - Selamat Hari Lahir Bang Zam


Hari ini 27/09/2009 adalah Hari Lahir BangZam yang ke 25tahun..hihihi.. Sambutan telahpun diadakan bersama-sama semua yang menyambutnya pada bulan September. Semoga dipanjang umur, bertambah iman dan taqwa dan dimurahkan rezeki. (Gambar adalah semasa Aidiladha tahun lepas)

27 SEPTEMBER 2009-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA ANAK-ANAK BUAH,MAKCIK DAN AYAHCIK UCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.RAJIN-RAJIN BELAJAR..

27/09/2009 - Yob akan menduduki PMR pada 07/10/2009


07/10/2009, hari Rabu minggu hadapan, Semua pelajar T3 di Malaysia akan menduduki peperiksaan PMR. Bagi KEJORA (keluarga Mat Johor & Rodziah) cucu sulung kesayangan Tokwan dan Opah ini antara calon-calon yang akan memerah otak dan minda untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Marilah bersama-sama kita doakan kejayaan Yob dalam PMR tahun ini. Semoga Yob dapat keputusan cemerlang.

Kepada yang lain-lain, peperiksaan akhir tahun dah tiba..jangan ingat beraya aje..

Selamat menjawab peperiksaan ye Yob..

27/09/2009 - Selamat Menggunakan Ruang Sembang Tingkap

Alhamdulillah, memandangkan CT Arfah mencadangkan agar ada satu ruang sembang keluarga, maka diusahakan juga lah. Cara menggunakannya (kepada sesapa yg tak tau lah ni) mudah aje :
1- Isikan nama RINGKAS pada ruang (NAME)spt ZUL,CT,HUDA,BGCHO dan 
    BGWOK
2- Ruang MAIL/URL tu x payah isi apa-apa
3- Ruang MESSAGE taiplah apa-apa pesanan.
4- Tekan ENTER.

    seterusnya taip pada ruang MESSAGE sahaja.
5-SELALU KLIK PADA BUTTON "REFRESH" (ADA KAT PENJURU BAWAH BOX TU) UNTUK MELIHAT JAWAPAN / RESPONSE DARI ANGGOTA YG LAIN

Selamat mencuba..ekeke.

Berita 26/09/2009 - Usul-Usul Mesyuarat Keluarga 1 Syawal 1430H

Dalam mesyuarat pada 1 Syawal 1430H / 20 September kita telah membincangkan 8 usul. Berikut adalah 8 usul tersebut untuk tindakan bersama:

USUL 1 : Menaikkan wang tabungan bulanan berjumlah RM 10.
                Keputusan : Dikekalkan (dibaca bersama usul ke 8)

USUL 2 : Korban pada Aidiladha 1431H (tahun 2010) akan diteruskan.
                Dibahagi kepada 7 bahagian, yg mana 1 bahagian bernilai RM 360.
                Keputusannya: Kaedah bayaran terpulang kepada masing-masing.
                Wang dibayar terus kepada bendahari.

USUL 3 : Usul Ayahndak (Hj. Adnan) utk membantu maksu mengambil lesen      
                kereta.
                Keputusan : Diserahkan kepada bonda untuk menyelesaikan dengan     
                ayahndak. Jumlah sumbangan juga terpulang kepada bonda. Anak-anak
                ikut aje.

USUL 4 : Cadangan supaya salah seorang antara Bangzam atau KakEra        
                mengambil lesen kereta.
                KEPUTUSAN : Kak era dah setuju. Dia akan ambil lesen kereta.

USUL 5 : Pertunangan Huda. Bulan 12/2009. Harap semua balik sama-sama
                gotong royong

USUL 6 : Membina kolah mandi untuk anak-anak.
                Keputusan : Sama-sama cari dana

USUL 7 : Memasang aircond. Ditangguhkan ke waktu yang lain.

USUL 8 : Menubuhkan tabungan pendidikan (DANA PENDIDIKAN) untuk cucu
                cicit Hj. Mat Johor & Hjh. Rodziah. Usul yang dicadangkan oleh
                Pn. Zuraini ini diterima.
                Keputusannya RM 5 sebulan. Jadi jumlah tabungan sebulan RM 15.



26/09/2009 - Ruangan Untuk Ayah Berbicara...

26/09/2000 - Sabtu : InsyaAllah, saya telah meminta ayah meluangkan masa untuk menulis pesanan-pesanannya di ruang ini. Kita akan nantikan catatan ayah yang pertama sedikit masa lagi.. Kalau dah ada ruangan untuk ayah, tentulah ruangan untuk mak pun ada...:)
Pendek kata, kepada sesiapa yang ingin menghantar bahan (apa jua bahan) bolehlah dihantar ke email nanti.
Sesamalah kita menanti tulisan ayah yang pertama...:)

Friday, September 25, 2009

Pelancaran Blog Keluarga

26 September 2009 - Alhamdulillah, Jawatankuasa Bertindak telah berusaha mewujudkan blog keluarga. Semoga blog ini akan dapat digunakan sebagai wadah interaksi sesama keluarga. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada : baiidurie@hotmail.com.